Wednesday, October 13, 2010

7 CARA EFEKTIF MERANCANG

Untuk berjaya, perlu merancang dengan efektif.  Tips perkongsian ini adalah apa yang saya praktikkan dari dahulu lagi dan ia berkesan untuk sesiapa sahaja yang cenderung untuk mengubah hidup.

Ada 7 cara untuk merancang:

1# Jangan Bergantung pada orang lain
Anda tidak perlukan kebenaran orang lain bagi mencapai impian. Percaya pada diri sendiri dan beri peluang kepada diri anda untuk berjaya. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat dengan anda. Orang itu mestilah positif.
Mereka akan menjadi pendorong anda untuk bergerak. Jika anda ada idea, kehendak dan kemahuan, anda tidak perlukan persetujuan orang lain. Jangan tunggu kerana ini membuang masa anda.

2# Jangan tunggu sampai sempurna
Menunggu sehingga segala-galanya sempurna akan membuatkan anda hilang semangat, perhatian dan minat untuk menunaikan impian. Anda tak mungkin ada segala-galanya macam wang, masa dan pengetahuan untuk capai impian.
Ambik risiko, belajar dan tingkatkan diri secara bertahap. Kalau nak tunggu sampai sempurna maksudnya bila dah banyak duit, bila dah tahu semua maksudnya anda memang nak buang masa.

3# Ciptakan Masa
Ramai orang ada impian, sasaran dan kehendak. Tapi sasaran tak dapat disempurnakan. Mungkin kerana kesibukan rutin hingga tidak ada masa untuk sempurnakan impian. Masa dan tenaga perlu diperuntukkan untuk capai impian.

4# Tetapkan hati
Setiap usaha yang dilakukan dengan hati yang ikhlas pasti membuahkan hasil. Kalau buat dalam keadaan hati yang berat, lama kelamaan boleh jadi pekerjaan itu sekerat jalan atau tidak berhasil langsung. Buat ikut minat sahaja, tak minat cari benda lain.

5# Ambil Inisiatif
Berusaha dan bertindak secara proaktif dan bersistem. Kalau anda kongsi idea dengan orang lain dan tunggu orang lain bertindak untuk pihak anda. Ibarat anda nak makan minta orang lain suapkan. Senang cerita, tidak ada sesiapapun yang akan ambik berat pada impian anda kecuali diri anda sendiri.

6# Keluarkan belanja
Bagi mencapai impian, anda sendiri yang keluarkan belanja. Bukan orang lain. Jika idea anda itu bijak, jangan fikir ia akan dibayar oleh orang lain. Contohnya anda mempunyai idea bisnes yang hebat. Anda perlu keluarkan belanja untuk menjadikan produk itu reality.

7# Lakukan satu perkara terlebih dahulu
Buat semua perkara dengan satu komitmen. Lakukan pada satu projek dahulu. Tak kira kalau anda gagal ataupun berjaya, lakukan satu perkara terlebih dahulu.
Jika anda lakukan banyak perkara, anda memerlukan tenaga yang lebih bagi merealisasikan impian anda. Cari keutamaan dahulu. Rancang kerja dan kerjakan rancangan anda.

Insya Allah, anda boleh berjaya dan menjadi seorang yang sukses!



Post ditaja oleh : www.AuraSukses.com
Ref: http://hadzrin.com/2010/10/08/7-cara-efektif-merancang/#more-1760