Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Family : Tips Bersama

Setiap Kali Bersama, 'Abang Pendek' Anda Selalu
'Muntah' Awal Dan Pasangan Anda Tak Puas?

 TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

PENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa seperti duri landak oleh isterinya,apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk duri landak.

 MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.

 MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.

 JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan menyakitkannya. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.

 ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja.

 GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.

 BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.

 
JANGAN JADI
 SharpSHOOTER
Isteri bukan untuk diserang secara 'direct', yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.

MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta' (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan anda.

 JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai.

Ehsan dari kursus perkahwinan anjuran JAWI


Source : Internet

Family : Tips pantang larang sebelum berkahwin

1.Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

2.Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

3.Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

4.Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

5.Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

6.Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

7.Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.

8.Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

9.Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.

10.Elakkan minum minuman keras dan merokok.

11.Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

12.Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

13.Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

14.Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

15.Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

16.Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

17.Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

18.Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

19.Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

20.Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

21.Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

22.Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

23.Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

24.Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

25.Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.

26.Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

27.Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

28.Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

29.Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

30.Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

31.Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

32.Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

33.Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

34.Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

35.Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

36.Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

37.Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.

38.Selepas nikah mesti tidur bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.

39.Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.

40.Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

41.Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

42.Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.

Rujukan :
FB Ummul Amira

Wednesday, February 3, 2010

10 tips for a better year

"Make the most of the coming year by staying positive and productive."

Here are 10 tips on how to make 2009 a fulfilling year.

1. Set realistic goals
Many people make new year resolutions but do not fulfil them. Make this year different. Write down your goals and be committed to achieving them. Ensure your goals are realistic. List your goals and stick it on your fridge where you can see them every day.

2. Focus on your health
This can be your greatest asset or your greatest liability. Make an appointment for a check-up with your doctor, implement an exercise programme if you don't have one, take vitamins if you need to and resolve to kick unhealthy habits like smoking.

3. Invest in your development
I recently read that people who spend a thousand dollars or more on their personal development will increase their business by 20 per cent. Read books, attend workshops, find a new network, listen to tapes or CDs in your car, take up online courses or enrol at a university or learning centre. Keep your brain active.

4. Know your priorities
After you have set your goals, you can begin to focus on what is important to you -- family, self development, profitability, building your profile, health, gaining new clients or more relaxation time.

Prioritising will help you focus on how you spend your time.

5. Eliminate time robbers
Make a list of the things that rob you of your time. For example, are you watching too much TV, running unproductive errands, checking your e-mail too often or having long phone calls? Can you use long waiting times more effectively?

Focus on controlling your time and get rid of the things in your life that are not a high priority.

6. Surround yourself with VIPs
Find very inspiring people (VIP) whom you can learn from, bounce ideas with and spend time with. Minimise your time with the very draining people (VDP) in your life. You will feel more positive when you are surrounded by VIPs.

7. Plan your next holiday
Allocate a specific time in your calendar for your next holiday so you have something to look forward to.

8. Make time for those you care for
Balancing work and home life is a challenge for most people. Be focused on those you love and do not forget to remind them how much they mean to you. Promise yourself you will not take anyone for granted this year. For instance, each day you can tell one person that he or she is special.

9. Create an "attitude" to-do list
Instead of making "to-do" lists for work, consider creating an "attitude" to-do list you can use every day.

My list includes the following:

* Send a thank-you note,

* Sit in the sun for 15 minutes,

* Find something funny,

* Get some exercise, and

* Choose to be positive.

So, what will your list say?

10. Choose to be amazing
Make a commitment to yourself each morning that you will have an amazing day. This might include trying some of these tips like reading your "attitude" to-do list, focusing on your health, eliminating time robbers or finding more VIPs in your life. Remember life is not a dress rehearsal -- you only get one performance, so give it your best.

Article by Neen James, a productivity expert, author, speaker, trainer and consultant, who has 16 years of management experience in both corporate and small- business environments. Website: www.neenjames.com


Refer : http://jobs.st701.com/articles/10-tips-for-a-better-year.html

Tuesday, February 2, 2010

Family : Tips Didik Anak 2

Tips 28
Pastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun dan menghafal surah-surah lazim.

Tips 29
Amalkan membaca sepotong hadis sekurang-kurangnya sekali seminggu selepas solat berjamaah bersama keluarga (cth maghrib setiap sabtu). Boleh juga diberikan tugas kepada anak yang telah pandai membaca untuk mengetuai bacaaan terjemahan hadis kemudian bapa memainkan peranan menghuraikan hadis tersebut untuk diambil pengajaran daripadanya.


Tips 30
Luangkan masa untuk menghadiri majlis-majlis rasmi anjuran pihak-pihak berkenaan yang melibatkan anak-anak seperti mesyurat PIBG, majlis solat hajat sekolah, perasmian kem motivasi dan sebagainya.

Tips 31
Bawa anak-anak bercuti setahun sekali terutama ke tempat-tempat yang boleh memberikan nilai tambah ilmu seperti tempat bersejarah yang dapat diterangkan kepada mereka kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.

Tips 32
Mainkan alunan zikir-zikir atau ayat-ayat al-Quran dalam kereta sekiranya membawa anak bersama. Setidak-tidaknya memilih siaran radio yang mementingkan info dan input kerohanian seperti memainkan lagu-lagu nasyid dan tazkirah.

Tips 33
Luangkan masa untuk menikmati makanan bersama anak-anak sekali sehari (makan malam) atau paling kurang seminggu tiga kali bagi mereka yang selalu traveling atau terlalu sibuk dengan kerja. Minta anak-anak (secara bergilir-gilir) mengetuai bacaan doa makan.

Tips 34
Ajar anak-anak untuk sama-sama menyambut dan meraikan tetamu. Elok diadakan sesi taaruf (pengenalan diri) ringkas untuk memperkenalkan tetamu kepada anak. Jangan sesekali membiarkan anak merasakan diri mereka tidak penting dalam keluarga dengan berkurung di dalam bilik atau melakukan aktiviti sendirian.

Tips 35
Minta anak-anak untuk memilih, membalut, membuat dekorasi hadiah yang ingin diberikan kepada relatif, sahabat atau siapa sahaja yang akan dikunjungi.

Tips 36
Luangkan masa untuk anak berkongsi sesuatu dapatan, kemahiran atau ilmu baru sama ada dari sekolah, buku yang dibaca atau dari mana-mana sumber yang lain. Contohnya meminta anak melakukan simulasi guru mengajar, atau kerja kumpulan bagi menunjukkan cara mereka mendapatkan ilmu tersebut. Berikan galakan dan penghargaan.

Tips 37
Ingatkan anak-anak sekurang-kurangnya sekali sehari, untuk melakukan ibadah khusus (walaupun mereka telah melakukannya, peringatan perlu dibudayakan) seperti solat, zikir atau melakukan taat kepada Allah yang lain seperti menutup aurat, mentaati ibubapa, guru, alim ulama dan orang-orang tua.

Tips 38
Alunkan bersama anak (selepas solat berjemaah) zikir-zikir tertentu seperti zikir munajat atau wirid selepas solat dan lain-lain. Anak-anak akan membesar dalam budaya yang sangat positif iman ini, insyaAllah.

Tips 39
Sediakan hiburan yang mendidik anak ketika membawa mereka bersama dalam kereta. Contohnya memainkan zikir, doa, lagu nasyid atau hiburan yang bersifat motivasi dan pendidikan.

Tips 40
Sekiranya anda ingin memberi hadiah kepada kumpulan kanak-kanak yang ramai, contoh pada hari-hari perayaan, jadikan anak anda sebagai penerima hadiah yang pertama.

Tips 41
Langgan satu majalah khusus bagi anak anda yang akan diterimanya secara berkala melalui perkhidmatan pos.

Tips 42
Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak satu budaya dan gantikannya dengan budaya yang baru sekiranya ia telah menjadi sebati dalam jiwa. Contoh budaya memberi salam. Setelah budaya tersebut sebati dalam jiwa anak, tambahkan dengan satu budaya baru, contohnya mengucapkan terima kasih, seterusnya budaya membaca dan pelbagai nilai tambah diri yang lain.

Tips 43
Berikan anak-anak tanggungjawab yang mampu dipikul olehnya mengikut kesesuaian peringkat umur.

Tips 44
Tanam dalam jiwa anak-anak betapa pentingnya kebersihan. Amanahkan satu-satu kawasan dalam rumah bagi setiap anak memantau kebersihannya.

Tips 45
Cabar minda anak-anak dengan perkara-perkara yang dapat membangkitkan daya kreativiti mereka. Contoh selalu berteka teki dan sama-sama mencari jawapan, atau mengubah sesuatu yang telah terpakai menjadi satu ciptaan baru dan sebagainya.


Sumber : IbnRajab Online

Family : Tips Didik Anak 1

Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.

Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.

Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.

Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.

Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.

Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.

Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.

Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

Tips 10
Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.

Tips 11
Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat.

Tips 12
Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau! ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”

Tips 13
Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.

Tips 14
Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Tips 15
Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap sama apabila berselisih pendapat dengan anda.

Tips 16
Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.

Tips 17
Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.

Tips 18
Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.

Tips 19

Bawa anak lelaki untuk sama-sama solat berjamaah di masjid atau surau. Luangkan masa untuk membawa seisi keluarga seminggu sekali solat jamaah di masjid atau sekurang-kurangnya pada hari-hari istimewa dalam kehidupan yang ada kaitan dengan anak.

Tips 20
Selalu ucapkan pesanan baik kepada anak di saat-saat perpisahan kemudian iringi dengan ucapan doa selamat seperti “Maassalamah, selamat tinggal atau lain-lain doa”.


Tips 21
Biarkan anak-anak terutama yang masih kecil itu menangis sekiranya mereka perlu. Mudah-mudahan ia tidak akan menjadikan ibu bapa menangis apabila mereka telah besar.

Tips 22
Wujudkan sebuah tin “saya boleh” untuk setiap anak. Biarkan anak menghias sendiri tin mereka mengikut citarasa. Setiap kali anak dapat menguasai sesuatu yang baru, anda buat sedikit catatan untuk dimasukkan ke dalam tin “saya boleh” berkenaan. Dari masa ke masa, ajak anak melihat pencapaian-pencapaian terbaik yang pernah diraihkannya.

Tips 23
Bantu anak menggambarkan (melalui lukisan, lakaran dll) tentang perasaan yang baru mereka kenali atau rasai. Bincang dengan anak apa yang membuatkan mereka berperasaan sebegitu.

Tips 24
Cuba untuk tidak sesekali membawa balik kerja anda ke rumah atau ke hadapan anak-anak. Lukiskan dalam minda satu garis pemisah di antara kehidupan pejabat (kerja) dan rumah (keluarga) anda.

Tips 25
Letakan gambar anak-anak di tempat-tempat istimewa seperti atas meja dalam bilik tidur, di ruangan tangga atau dalam wallet duit. Sekiranya anak terlihat, beritahu mereka betapa pentingnya mereka dalam hidup anda.

Tips 26
Biarkan anak melakukan sesuatu yang mereka rasa boleh membantu anda seperti menolong anda membuka pintu rumah, suiz lampu atau sehingga menekan butang lif (di tempat awam).

Tips 27
Apabila anda menyiapkan peralatan anak untuk berkelah, menyertai kem, balik ke asrama atau lain-lain, ingatlah untuk menulis sesuatu nota istimewa untuk dimasukkan bersama peralatan tersebut.

Sumber : IbnRajab Online